
Kita Sedang Berjaya Suburkan Kolonial-lama,Kita Sedang Biak & Biarkan Hajat Imperialisme -Semakin Cepat?
Antara kejayaan dari kolonial-lama.
Semakin ramai dan banyak manusia asal dari tanah malaysia,membikin dan menyebarkan tidak terkecuali meyuburkan lagi budaya dan resam kolonial-lama ini.Mungkin tidak sedar,kenra selalu dan keterlaluan di susuk oleh perkataan globalisasi,kemodenan.Ini ditamabah dengan,rasa selesa dan yakin bahwa ia hanya 'sebentuk' kewajipan yang perlu di luaskan agar semakin tinggi nama dan status tamadun manusia asal di tanah malaysia,bagaimana?.
Mudah untuk meneka dan mudah untuk membantah,apakah ia?.Antara yang amat jelas adalah dari mesej iklan rokok-rokok di lambangkan sangat merbahaya,benar.Namun,ada lagi bahaya dari itu,yang 'terpaksa' ditelan sebagai 'tidak merbahaya' dan bermacam macam dogengan di biaskan agar kelihatan jernih sejernih air hujan.Makanan & minuman-ada sesiapa yang mengiklankan akan kepentingan dan kewajipan memerhati perkara ini dengan lebih jelas?-ada,namun sudah lama 'mati' dan tidak di ambil 'mata dan telinga'.Lihat,makanan segera,lihat restoren makanan segera,lihat minuman berkarbonat-100 peratus di ceduk dari -kolonial dan hampir di imperialiskan (terlalu hampir) ke arah itu.Mengapa dikatakan terlalu hampir?-kerna kita sebenarnya sedang menyuburkan dan menyambung kerja kerja mereka seraya dengan itu memudahkan lagi kerja kerja mereka untuk men-guasai dan menjajah negara negara kecil.
Benar,bukan salah kita,itu semua salah mereka-kerna mereka tidak pernah sesekali 'memerdekakan' tanah dan penduduk asal sebenarnya.Ia hanyalah memerdekakan 'nama' dalam lipatan sejarah sahaja.Ia kelihatan rumit kerna ia bukan setahun dua,ia sudah beratus tahun ada sesetengah jenama sudah mencecah 100 tahun berkolonial di sini.Bagaikan,menghulurkan siga yang lagi panjang-untuk memanjat kelapa-itulah yang berlaku hari ini.Lihat-ia asalnya hanyalah sebuah dan sejenis kebudayaan-namun kini ia semakin hari semakin-mengakis budaya kita sendiri,itu benar dan itu tidak benar-manusia tidak harus dipersalahkan kerna cara-cuma gaya sahaja yang memakan diri dan budaya mereka.
Lagi jelas.
Makanan pizza berasal dari tepung,di hasil dari bentuk klasik yang nipis dan rangup,dimodenkan menjadi tebal dan empuk di kunyah,asal dari itali.Makanan ayam goreng-sahaja,burger,kentang goreng datangnya dari amerika,mereka makan sebagai santapan segera dan hari hari-bukan pengganti makanan utama mereka-gandum.Siapa sahaja boleh masak dan makan,tidak membunuh dan mengakis budaya asal ia hanya menambahkan pelajaran dan pengetahuan kepada lidah dan perut untuk merasa serta menghadam,begitu juga dengan minuma berkarbonat.
Namun,kini-jika dahulu ia dibawa kerna kolonial tidak makan nasi-mereka mahukan makanan mereka di depan mata tidak kira di mana sahaja,mereka tidak sesekali mengantikan makanan rugi mereka-kerna itu budaya mereka.Sama juga dengan situasi sesetengah manusia - tidak mahu menukar makanan istimewa asalmereka-makanan rugi hatta ketika berada di barat,utara,timur atau selatan dunia-pada asalnya.Setelah mereka yakni peng-kolonial ini berada di sini,dari satu jenama menjadi dua jenam kepada tiga,empat hingga memenuhi senarai buku tulisgaris dua jenama mereka datang dan bercucuk hasil di tanah melayu/malaya.Mereka tinggalkan-setelah merdeka,mereka hanya membwa pulang tubuh badan sesetengah dari mereka sahaja,yang lain masih wujud atas nama dan dasar-perdagangan.
Bantuan dari sesetengah 'kita'.
Mereka semua sedar,oleh itu diwujudkan 'francais',maka jenama mereka di 'miliki' oleh orang asal tanah air tersebut,tidak kira bermata sepet,bermata hijau,bermata lolong asalkan jenama mereka kekal,yang sebenarnya sedang berkembang bukan sekadar makanan-tetapi budaya dan pengaruh-ini agar jenama jenama lain juga dapat masuk dan mengeram di sini samada kain baju luar dan dalam hingga ke mangkuk jamban sekalipun.
Dan ketika ini,kita sedang menambah baik dan lagi -budaya mereka berjalan,lihat berpuluh puluh jenama pizza lahir dari orang asal kita,jenama ayam goreng dari orang asal kita,jenama minuman berkarbonat dari orang asal kita,lihat bagaimana berahinya ktia dengan gedung pakaian barat-yang mengambil ukuran dan potongan dari barat (kita sedar sebenarnya,ia kadang kadang tidak padan dan muat dengan susuk badan mongel kita,namun dek kerna 'nama' dan status moden').Tidak genak dengan itu,kita pula mengambil dan membawa masuk jenama mereka-kajian menunjukan kita terlalu taksub dengan kejayaan di luar samda untuk makan,pakai,atau pijak.Puteri dan putera luar pakai kasut orang kita buat,baru kita yakin.Di mana silap,pembuat,pembikin,pengedar kita seharusnya tidak termakan dengan-kemewahan mata yang mereka hidangkan,kita dihidangkan dengan perniagaan untuk kereta mewah,untuk pergi makan angin di disneyland,untuk pakai zegna,untuk berkasut prada,untuk begelang tanga itu ini-mereka sedang umpan kita untuk membiarkan kita berniaga untuk-kaya dan mewah cepat,kita perlu sedar kita sedang berniaga dan berdagang mencari rezeki dengan orang asal sesama kita,kita harrus munsnahkan sifat itu.Kita perlu sederhana sahja.
Tiap kali musim perayaan,akan keluar topik moden lawan tradisi-makanan,pakaian,cara kunjungan.baju kurung,kebaya lawan t-shirt polo,jean,ayam goreng mcdude lawan ayam golek,nasi himpit lawan pizza,televisyen lawan keluar jalan jalan.Itu semua-sampai bila jika kita hanya berbual dan bersembang sebagai topik tahunan sahaja?.Benar kami juga hanya bercakap kerna kami tiada kuasa untuk itu,siapa yang punyai kuasa sepatutnya pandang dan faham tentang ini.Ini 2009,di mana hilangnya baju kurung di raya ke dua,2019,dimana pula hilangnya petang raya?.
Apa hendak makan,apa hendak makan dan minum tidak salah dan larang,apa yang jelas hilang wajib dikembalikan dan disinarkan jangan tinggal - apa yang asal.Gunakan hanya 1 peratus mereka (jika hendak) dan 99 peratus kita secara tetap dan jitu dalam hari hari kita.
Mana perginya,kisah kisah dogengan kita,mana hilangnya baju baju harian kita,-kita sedang di'hilang'kan dalam perkataan moden dan global,mungkin.
Hentikanlah francaiskan jenama makanan dan minuman asing,hentikanlah projek meniru makanan dan minuman jenama asing,hentikanlah meniru dan memprojekan cara pakai orang asing,orang asal lagi hebat kerna itu mreka datang berduyung kemari kerna apa?kerna mereka sedar mereka tidak sehebat orang asal di mana negara dalam dunia ini termasuk malaysia-.

0 comments:
Catat Ulasan