
Kenapa perlu bayar lebih di pasaraya jenama asing,yang 'gah' pada nama namun dalam 'senyap-senyap' mereka 'makan' semua jenis bulu,tidak kira samada bulu muda,tua,cina,melayu,india,siam semua bulu roma meremang akan di 'siang-siang' dan 'di siat siat' kulitnya,dalam diam diam.Ramai yang tidak sedar akan 'hakikat' yang sebenar,semakin kerap mereka berbelanja maka semakin 'kaya' gedung gedung pasaraya jenama asing,mengapa ia terjadi begini?.
Pentas Silap Mata.
Di dalam gedung pasaraya besar jenama asing,perkara dan benda pertama yang akan dilihat oleh para oerang asal malaysia,jimat,murah,rendah,potongan,harga,kualiti dalam saiz besar.Sebaik masuk ke dalam,di sambut dengan satu senarai barangan yang 'telah' dipotong harga hingga ke tahap terendah pada hari itu.
Silap Mata Bermula.
Para pengunjung akan masuk keliling semua kawasan,bermula dengan niat ingin membeli ayam 'segar' hingga terpelencong dan terpeleot membeli satu dua gula gula,cokelat atau makanan ringan atau barangan sedap mata memandang lain.Lagi sedap dan indah pusingan di buat makin banyak silap mata ditontonkan.Maka sedar atau tidak hanya apabila pengguna itu tadi singgah secara 'luar kebiasaan' ke kedai runcit di bahu jalan.
Silap Mata Belum Tamat.
Memang sukar untuk pengguna 'biasa' mengenal pasti barangan mana yang telah 'disihirkan' oleh para pemilik gedung pasaraya besar jenama asing ini,terlalu sukar andai mereka tidak pernah dikenalkan dan mengenal agen agen atau pemborong atau manusia disebalik barangan tersebut yakni pengedar.
Senang Faham
begini,mereka akan himpunkan 1000 jenis barangan dan diletakan dalam skala harga runcit biasa untuk mendapat jumlah besar,kemudian 500 barangan akan diturunkan harga,500 barangan akan dikekalkan harga asal,mereka akan tentukan di dalam 500 barangan itu tadi yang mana akan 'disihirkan ke tahap tertinggi' agar jumlah besar untuk 1000 brangan akan tetap sama.katakan 1000 barangan jumlahnya 200,000 maka potong sana potong sini,naik sana naik sini akhirnya mereka tetap akn mendapat jumlah yang sama 200,000 itulah fahaman asasnya dalam 'drama' gedung jenama asing.
Mana lagi elok?
Anda sedang berurusan dengan kedai runcit tempatan dan jumlah besar adalah 12.10 maka kemungkinan anda hanya perlu membyar 12ringgit.Anda sedang berurusan dengan ;gedung terbesar terendah terbaik tapi dari jenama asing; anda perlu membayar nilai yang sama namun anda tidak mungkin hatta sekali untuk dikecualikan 10 sen tersebut.Mengapa? kerna mereka bukan milik anda mereka memiliki anda,anda bukan membeli mereka tetapi mereka yang telah lama membeli anda,melalui iklan.
Mana pilihan anda?
Beli ayam segar di pasar,atau beli ayam 'segar' di gedung pasaraya besar jenama asing?.Di pasar tiada istilah 12.35 sen ringgit malaysia,di sana ada istilah 12.35 sen dan istilah baru penggenapan.
Budaya membeli cara 'lama' lagi terbaik dari cara 'moden',cara moden 'orang' makin cerdik,'cerdik' kenakan 'orang lain'.itulah nikmat permodenan!.
Hentikan menyokong pertumbuhan kapitalis asing andai anda tidak mahu disembelih senyap dan dalam sulit.
tidak kira siapa,kita wajid diri negara dengan jenama dan kudrat kita sendiri,asalkan telah yang terbaik kita cipta untuk orang kita,bukan untuk juta lion kan diri kita hingga orang kita(pengguna) terkebelakang kepentingan kita!.Bilakah wayang gambar ini akan tamat?
selagi yang punyai kuasa terus dibuai 'kuasa' dan tidak mahu zahirkan mendirikan negara dengan kuasa jenama sendiri(kebanyakan hanya pakai topeng tanpa sedar atau tidak,) dalam masa laungkan akan bangkitkan dan gahkan jenama sendiri,mereka yang pnyai kuasa ini terus membenihkan dan menambahbaikan lagi jenama asing dengan pelbagai insentif dan kelongaran malah mungkin lebih dari apa yang akan diperoleh oleh orang asal sendiri,ia tidak akan tamat.
Panggung ini akan terus main filem sama?
Percayalah,orang asal tetap akan menyokong orang asal,maka beranikanlah melawan arus untuk 100 tahun hadapan,kedua dua pihak pengeluar,pengeluar dan pengguna,orang malaysia wajib tukarkan dan kembalikan kepada dunia lama,saling bantu-hidupkan satu sama lain-pengeluar,peniaga jangan tamak dan jangan tipu! dan pengguna,orang asal jangan tertipu lagi! dengan status 'gah' gedung jenama asing!.






